Rujukan Kerjaya

Rujukan Temuduga Kerjaya

Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan ini adalah produk evergreen sejak tahun 2009. Ianya memberikan rahsia-rahsia khusus bagaimana untuk lulus temuduga yang spesifik kepada jawatan kerajaan yang ditawarkan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Persediaan Menghadapi Temuduga Kerja Kerajaan

Anda kali pertama menghadiri temuduga kerjaya perlu mengetahui tips sebagai persediaan menghadapi temuduga sekaligus membolehkan anda mencapai kerjaya yang anda impikan.

Baca beberapa tips berikut semasa menghadiri temuduga kerjaya.

  1. Periksa Dokumen Yang Perlu Dibawa

Apakah dokumen yang perlu dibawa semasa temuduga?

Borang yang diberi untuk isi
Resume
Sijil-sijil asal
Salinan sijil yang perlu
Pastikan borang yang diberikan diisi dengan lengkap dan semak semula dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa temuduga. Antara kesilapan yang selalu dilakukan oleh calon adalah terlupa bawah salinan sijil. Jadi pastikan anda semak semula dokumen sebelum hadir temuduga.

  1. Jadi Resume & Salinan Sijil Seperti Buku Skrap

Satukan resume dan sijil-sijil berkaitan ke dalam satu file dan jadikan sebagai buku skrap. Ini adalah penting supaya penemuduga senang nak semak satu persatu dokumen calon. Calon boleh lihat contoh fail yang boleh digunakan untuk jadikan buku skrap dan panduan menyusun dokumen di sini:

Panduan Susunan Dokumen / Sijil Untuk Temuduga Kerajaan

  1. Pastikan Sijil Telah Disahkan

Cuba anda lihat balik surat atau email tawaran hadir ke temuduga anda? Perasan tak ada permintaan untuk calon sahkan sijil dan dokumen yang perlu dibawa? Ramai yang terlepas pandang perkara ini dan hadir dengan sijil yang tidak disahkan. Pastikan anda sahkan semua salinan sijil yang perlu dibawa termasuk salinan IC. Semak senarai pegawai yang layak sahkan sijil.

  1. Etika Pemakaian Untuk Perempuan Dan Lelaki

Pasti semua sudah sedia maklum kan pemakaian temuduga kerajaan adalah formal. Formal dalam erti kerajaan bagi lelaki adalah kemeja, seluar slack, kasut hitam dan tali leher. Bagi perempuan pula adalah berbaju kurung dengan warna & ciri-ciri yang sesuai. Calon wanita juga perlu tahu gaya tudung yang sesuai dan tidak sesuai untuk hadir temuduga.

  1. Etika Masuk Ke Bilik Temuduga

Nama calon akan dipanggil apabila tiba giliran. Bangun dengan tenang dan jangan gopoh atau kelam kabut. Masuk ke bilik temuduga dengan tenang. Ketuk pintu temuduga sebanyak 3 kali dan masuk apabila ada arahan.

Saat langkah masuk ke bilik temuduga pun dah ada markah tau. Kalau jenis masuk tak ketuk dan tak tunggu arahan memang markah akan ditolak.

  1. Etika Bercakap

Untuk pengetahuan anda, anda tidak perlu cakap terlalu formal ketika temuduga seperti berpidato. Cuba control nak cakap secara formal ini selalunya hanya akan membuatkan anda berasa gentar atau tidak tahu berkata-kata. Gunakan bahasa biasa sahaja tetapi jangan terlalu santai.

Gunakan cara percakapan seperti anda bercakap dengan boss atau guru/pensyarah. Pastikan anda bercakap tidak melebihi penemuduga, tetapi jangan kurang sangat. Jawab berdasarkan apa yang anda tahu dan jangan sesekali soalan penemuduga semula.

Bagi mendapatkan tips lengkap menghadapi temuduga kerjaya, dapatkan panduan temuduga kerja kerajaan. Rujukan ini telah membantu ramai calon sejak 2009 sehingga kini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*