Ujian Psikometrik SPA

Pertama sekali saya mengucapkan tahniah kepada semua calon yang dipanggil untuk menduduki Peperiksaan Online ( Ujian Psikometrik ). Peperiksaan Online merupakan peperiksaan khusus bagi memasuki Perkhidmatan Awam ( PSEE )

Apa sebenarnya Ujian Psikometrik?

Ujian psikometrik merupakan ujian bagi menguji tahap pemikiran, personaliti, sahsiah, dan psikologi calon Perkhidmatan Awam. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah menjadikan ujian ini sebagai ujian wajib kepada semua calon yang memasuki Perkhidmatan Awam sebelum ke tapisan seterusnya. Fasa selepas Peperiksaan online ialah panggilan Temuduga Kerja.

Dalam kata lain, jika calon memang hendak masuk ke kerjaya kerajaan, calon kena faham dan tahu bagaimana hendak lulus tapisan ini iaitu Ujian Psikometrik. Ujian Psikometrik adalah salah satu cara untuk menyingkirkan calon yang terlalu ramai.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam mahukan calon yang dipilih menjawat jawatan yang diiklankan benar-benar layak untuk menjawat jawatan yang diiklankan. Calon perlu ingat terdapat ramai pesaing untuk merebut satu jawatan. Calon yang melakukan persiapan yang rapi akan mempunyai peluang yang tinggi.

Apa Yang Dinilai?

Seperti yang dinyatakan di atas, banyak perkara yang dinilai dalam Ujian Psikometrik. Kebanyakannya menjurus kepada diri calon yang dapat dinilai melalui Ujian Psikometrik ini. Ini termasuklah cara calon berfikir, kepimpinan, tingkah laku, kebolehan sosial, komunikasi, integriti dan banyak lagi.

Masa Menjawab

Calon akan menghadapi banyak soalan tetapi masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan yang banyak sangat singkat. Ada yang tidak sempat menjawab kesemua soalan kerana lemah pengurusan masa. Ini akan menyebabkan calon tidak berjaya mencapai impian.

[+] Maklumat Ujian Psikometrik

Kebanyakan yang gagal melepasi ujian psikometrik bukan tidak pandai tetapi mengambil sikap sambil lewa. Calon beranggapan ujian psikometrik hanya ujian biasa-biasa terutama calon kali pertama duduk Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam.

Bagi yang benar-benar mahukan kerjaya yang dipohon, buat persiapan sehabisnya. Tim Infokerjaya merupakan Tim yang menyediakan Panduan Kerjaya terulung di Malaysia telah banyak membantu graduan untuk mencapai impian mereka. Tim Infokerjaya menyediakan pelbagai rujukan kerjaya yang boleh dirujuk di halaman rujukan SPA.

Berita gembira untuk calon Ujian Psikometrik, Tim Infokerjaya juga menyediakan rujukan khusus untuk ujian ini. Rujukan ini telah menjadi panduan para calon sejak 2008. Walaupun begitu, rujukan ini sentiasa dikemaskini mengikut format semasa Ujian Psikometrik.

[+] Rujukan Terkini Ujian Psikometrik

Akhir sekali, kami mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon. Semoga rujukan Ujian Psikometrik ini dapat membantu semua calon untuk mencapai impian.

Berikut ini beberapa gambaran contoh soalan ujian psikometrik yang bakal dihadapi oleh calon ujian psikometrik. Soalan ini adalah gambaran yang dikongsikan oleh calon yang pernah menduduki ujian psikometrik sebelum ini.

1.Saya sentiasa mencari peluang untuk meningkatkan perkembangan diri saya .

a) Sangat tidak setuju
b) Tidak setuju
c) Setuju
d) Sangat setuju

2. Saya biasanya bekerja sehingga tugas selesai bukannya berhenti setelah tamat masa.

a) Sangat tidak menggambarkan diri saya
b) Tidak menggambarkan diri saya
c) Agak menggambarkan diri saya
d) Menggambarkan diri saya
e) Sangat menggambarkan diri saya

3. Bimbang tentang banyak perkara.

a) Sangat tidak setuju
b) Tidak setuju
C) Tidak pasti
d) Setuju
e) Sangat setuju

4. Saya bekerjasama dengan orang lain.

a) Sangat tidak setuju
b) Tidak setuju
c) Setuju
d) Sangat setuju

5. Saya seronok berkumpul bersama-sama ahli pasukan

a) Sangat tidak setuju
b) Tidak setuju
c) Setuju
d) Sangat setuju

6. Saya berupaya membantu,menasihati dan menggalakan orang yang baru dengan organisasi atau kepada jawatan tertentu di dalamnya.

a) Sangat tidak menggambarkan diri saya
b) Tidak menggambarkan diri saya
c) Agak menggambarkan diri saya
d) Menggambarkan diri saya
e) Sangat menggambarkan diri saya

7. Mood saya sering berubah-ubah.

a) Sangat tidak setuju
b) Tidak setuju
C) Tidak pasti
d) Setuju
e) Sangat setuju

8. Saya sentiasa bersemangat dalam melakukan tugas

a) Sangat tidak setuju
b) Tidak setuju
c) Setuju
d) Sangat setuju

9. Saya menyumbang kepada pencapaian matlamat pasukan

a) Sangat tidak setuju
b) Tidak setuju
c) Setuju
d) Sangat setuju

10. Saya mempunyai daya kawal diri yang tinggi

a) Sangat tidak setuju
b) Tidak setuju
c) Setuju
d) Sangat setuju

11. Saya boleh berurusan secara jujur dengan pelanggan , pesakit , klien dan lain-lain.

a) Sangat tidak menggambarkan diri saya
b) Tidak menggambarkan diri saya
c) Agak menggambarkan diri saya
d) Menggambarkan diri saya
e) Sangat menggambarkan diri saya

12. Saya berkongsi idea dengan orang lain untuk menyelesaikan tugasan.

a) Sangat tidak setuju
b) Tidak setuju
c) Setuju
d) Sangat setuju

13. Saya memang memberi perhatian penuh kepada setiap aspek tanggungjawab yang diberikan .

a) Sangat tidak menggambarkan diri saya
b) Tidak menggambarkan diri saya
c) Agak menggambarkan diri saya
d) Menggambarkan diri saya
e) Sangat menggambarkan diri saya

14. Saya tidak mudah tergoda

a) Sangat tidak setuju
b) Tidak setuju
c) Setuju
d) Sangat setuju

15. Saya cuba untuk melihat sesuatu perkara dari sudut pandangan orang lain .

a) Sangat tidak setuju
b) Tidak setuju
C) Tidak pasti
d) Setuju
e) Sangat setuju

16. Saya seronok membantu ahli pasukan

a) Sangat tidak setuju
b) Tidak setuju
c) Setuju
d) Sangat setuju

17. Saya jarang rasa sedih atau kecewa.

a) Sangat tidak setuju
b) Tidak setuju
C) Tidak pasti
d) Setuju
e) Sangat setuju

18. Boleh mengendalikan situasi sukar tanpa memerlukan sokongan emosi daripada orang lain.

a) Sangat tidak setuju
b) Tidak setuju
C) Tidak pasti
d) Setuju
e) Sangat setuju

19. Saya berpendapat bertukar-tukar idea sesama ahli pasukan boleh membawa kepada penyelesaian kreatif.

a) Sangat tidak setuju
b) Tidak setuju
c) Setuju
d) Sangat setuju

20. Mudah berasa gementar.

a) Sangat tidak setuju
b) Tidak setuju
C) Tidak pasti
d) Setuju
e) Sangat setuju

21. Saya mendapat inspirasi daripada idea dan pandangan orang lain.

a) Sangat tidak setuju
b) Tidak setuju
c) Setuju
d) Sangat setuju

22. Saya terus fokus kepada keadaan untuk bertindak balas dengan cepat.

a) Sangat tidak setuju
b) Agak tidak setuju
C) Tidak pasti
d) Agak setuju
e) Sangat setuju

23. Saya biasanya boleh memberi kritikan membina

a) Sangat tidak menggambarkan diri saya
b) Tidak menggambarkan diri saya
c) Agak menggambarkan diri saya
d) Menggambarkan diri saya
e) Sangat menggambarkan diri saya

24. Saya suka aktiviti berpasukan

a) Sangat tidak setuju
b) Tidak setuju
c) Setuju
d) Sangat setuju

25. Saya sukar untuk tidur disebabkan kebimbangan

a) Sangat tidak setuju
b) Tidak setuju
C) Tidak pasti
d) Setuju
e) Sangat setuju

26. Berasa takut jika perlu menempuh perjalanan dalam cuaca yang buruk.

a) Sangat tidak setuju
b) Tidak setuju
C) Tidak pasti
d) Setuju
e) Sangat setuju

27. Menyelesaikan tugasan yang diberikan walaupun berhadapan dengan pelbagai halangan.

a) Sangat tidak setuju
b) Tidak setuju
c) Setuju
d) Sangat setuju

28. Saya menolak perkara yang tidak baik untuk diri saya.

a) Sangat tidak setuju
b) Tidak setuju
c) Setuju
d) Sangat setuju

29. Selain daripada pekerjaan, saya juga meluangkan masa yang saya ada untuk memberikan tumpuan kepada kehidupan saya.

a) Sangat tidak setuju
b) Tidak setuju
c) Setuju
d) Sangat setuju

30. Saya dapat menguruskan kekecewaan dengan bauik menggunakan penyelesaian yang membina tanpa menyalahkan orang lain.

a) Sangat tidak setuju
b) Agak tidak setuju
C) Tidak pasti
d) Agak setuju
e) Sangat setuju

31. Menghasilkan satu piawaian kualiti kerja yang tinggi.

a) Sangat tidak setuju
b) Tidak setuju
c) Setuju
d) Sangat setuju

32. Saya bersedia mengkaji semula semua maklumat berkaitan projek terdahulu untuk memastikan bahawa perancangan projek baru mempertimbangkan pengalaman.

a) Sangat tidak menggambarkan diri saya
b) Tidak menggambarkan diri saya
c) Agak menggambarkan diri saya
d) Menggambarkan diri saya
e) Sangat menggambarkan diri saya

33. Saya sangat sedih apabila seseorang yang rapat akan pergi dalam satu tempoh masa yang lama .

a) Sangat tidak setuju
b) Tidak setuju
C) Tidak pasti
d) Setuju
e) Sangat setuju

34. Saya mengatakan perkara yang tidak sepatutnya.

a) Sangat tidak setuju
b) Tidak setuju
c) Setuju
d) Sangat setuju

35. Berasa sukar untuk memulakan kerja

a) Sangat tidak setuju
b) Tidak setuju
c) Setuju
d) Sangat setuju

36. Saya melakukan perkara tertentu yang tidak baik untuk saya , jika ia menyeronokkan.

a) Sangat tidak setuju
b) Tidak setuju
c) Setuju
d) Sangat setuju

37. Tidak mudah panik walaupun dalam keadaan cemas.

a) Sangat tidak setuju
b) Tidak setuju
C) Tidak pasti
d) Setuju
e) Sangat setuju

38. Apabila berhadapan dengan pengalaman yang menyakitkan, saya memerlukan seseorang untuk menyenangkan saya.

a) Sangat tidak setuju
b) Tidak setuju
C) Tidak pasti
d) Setuju
e) Sangat setuju

39. Cenderung mengemukakan tugasan di saat akhir dengan harapan idea yang lebih bernas akan diperoleh.

a) Sangat tidak setuju
b) Tidak setuju
c) Setuju
d) Sangat setuju

40. Saya mudah menukar rancangan untuk berhadapan dengan keadaan yang baru.

a) Sangat tidak setuju
b) Agak tidak setuju
C) Tidak pasti
d) Agak setuju
e) Sangat setuju

41. Saya berusaha mengelakkan keinginan untuk melakukan sesuatu yang melanggar etika piawaian organisasi dan/atau industri .

a) Sangat tidak menggambarkan diri saya
b) Tidak menggambarkan diri saya
c) Agak menggambarkan diri saya
d) Menggambarkan diri saya
e) Sangat menggambarkan diri saya

42. Saya memang enggan berkongsi atau mendedahkan maklumat sulit.

a) Sangat tidak menggambarkan diri saya
b) Tidak menggambarkan diri saya
c) Agak menggambarkan diri saya
d) Menggambarkan diri saya
e) Sangat menggambarkan diri saya

43. saya lebih sensitif daripada sepatutnya.

a) Sangat tidak setuju
b) Tidak setuju
C) Tidak pasti
d) Setuju
e) Sangat setuju

44. Kadang kala saya berasa disisihkan

a) Sangat tidak setuju
b) Tidak setuju
C) Tidak pasti
d) Setuju
e) Sangat setuju

45. Saya turut berasa hendak menangis apabla melihat orang lain menangis.

a) Sangat tidak setuju
b) Tidak setuju
C) Tidak pasti
d) Setuju
e) Sangat setuju

46. Kadang kala saya bimbang tentang perkara remeh-temeh.

a) Sangat tidak setuju
b) Tidak setuju
C) Tidak pasti
d) Setuju
e) Sangat setuju

47. Sering lewat ke tempat bekerja.

a) Sangat tidak setuju
b) Tidak setuju
c) Setuju
d) Sangat setuju

48. Saya jarang rasa takut atau bimbang

a) Sangat tidak setuju
b) Tidak setuju
C) Tidak pasti
d) Setuju
e) Sangat setuju

49. Saya biasanya memeriksa hasil kerja sendiri dengan berhati-hati dan terperinci.

a) Sangat tidak menggambarkan diri saya
b) Tidak menggambarkan diri saya
c) Agak menggambarkan diri saya
d) Menggambarkan diri saya
e) Sangat menggambarkan diri saya

50. Tidak dapat membuat keputusan yang bijak apabila ada pelbagai halangan.

a) Sangat tidak setuju
b) Tidak setuju
c) Setuju
d) Sangat setuju

Ujian psikometrik ini nampak tidak sukar tetapi soalan direka untuk mengelirukan.

TONJOLKAN NILAI POSTIF ANDA SEMBUNYIKAN NILAI NEGATIF ANDA!

Senang tak? Kena faham, ujian ini mengukur dimensi berkaitan aptitud minda, kecenderungan minat dan tret personaliti.

Susah nak terang semua. Rasanaya lebih mudah kalau anda buat LATIH TUBI jawab soalan-soalan yang biasa di tanya dalam ujian ini. Kami dah kumpulkan semua maklumat yang anda kena tahu;

  • tip jawapan
  • contoh soalan
  • Cara jawab soalan supaya tidak tersasar
  • perangkap-perangkap psikometrik
  • apa yang bakal menggagalkan psikometrik anda

Jika anda mahu lebih banyak soalan ujian psikometrik untuk membuat ulangkaji yang dilengkapi dengan skema jawapan, jangan berfikir dua kali, anda berada ditempat yang tepat. Terdapat 200 contoh soalan ujian psikometrik berserta skema jawapan dan nota padat untuk anda melakukan ulangkaji sebelum menduduki ujian psikometrik. Sekiranya anda berminat dapatkan rujukan versi penuh [jawatan].

Rujukan Psikometrik ini bukan untuk jawatan [jawatan] tetapi ia merupakan rujukan umum. Rujukan ini sesuai dijadikan rujukan bagi mana-mana jawatan yang mempunyai ujian psikometrik.

Mengapa anda perlukan rujukan psikometrik?

Pertama, adalah lebih baik anda hadir ke sesi ujian psikometrik dengan persediaan berbanding hadir ke sesi ujian psikometrik tanpa melakukan apa-apa persiapan.

Kedua, Anda tak ada kesungguhan? Tak mahu buat persediaan yang betul? Tak mahu luang masa khusus untuk studi? Tapi itu bukan anda. Anda sudah luang masa cari rujukan dan sampai ke laman ini kan?

Ketiga, Contoh soalan berserta skema jawapan dan nota ringkas lagi padat dalam rujukan psikometrik ini dapat menjimatkan masa anda untuk mencari bahan di google. Ia juga dapat membantu anda untuk mudah faham tentang ujian ini.

Keempat, anda akan dapat nota ringkas untuk penilaian matematik. Untuk pengetahuan anda kadang-kadang ada psikometrik yang ada soalan matematik.

Paling penting, anda yakinlah dengan kemampuan Tim Infokerjaya yang menerbitkan rujukan ini sejak 2009. Sudah berpuluh ribu salinan rujukan ini terjual dan berjaya membantu ribuan calon lulus dengan cemerlang dalam ujian psikometrik dan kini masa untuk anda pula. Rujukan ini sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut situasi semasa. Tidak sama seperti buku fizikal yang tidak dikemaskini sejak diterbitkan.

Ada jaminan saya lulus kalau dapatkan rujukan ujian psikometrik ini?

Seperti yang saya nyatakan, lebih baik anda hadir ke sesi ujian psikometrik dengan persediaan berbanding hadir ke sesi ujian psikometrik tanpa melakukan apa-apa persiapan.

Penentu anda dipanggil ke sesi temuduga bergantung kepada bilangan kekosongan jawatan. Ujian psikometrik adalah ujian penyingkiran calon yang terlalu ramai. Sebagai contoh kekosongan jawatan yang anda pohon adalah 10 kekosongan dan pastinya SPA mengambil berdasarkan merit skor semua calon yang menduduki ujian.

Penafian :

Kami tidak ada kena-mengena dengan pihak Perkhidmatan Awam (PSEE). Apa yang kami sampaikan hanya sebagai panduan untuk persediaan calon menduduki Peperiksaan Online memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE). Soalan bagi memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) yang disediakan BUKAN soalan sebenar Peperiksaan Online Perkhidmatan Awam . Ianya lebih kepada contoh soalan untuk memudahkan persediaan calon menghadapi Peperiksaan Online. Pihak kami memohon maaf atas kekeliruan para calon.

error: Content is protected !!
Scroll to Top