Pertama sekali saya mengucapkan tahniah kepada semua calon yang dipanggil untuk menduduki Peperiksaan Online ( Ujian Psikometrik ). Peperiksaan Online merupakan peperiksaan khusus bagi memasuki Perkhidmatan Awam ( PSEE )
Apa sebenarnya Ujian Psikometrik?
Ujian psikometrik merupakan ujian bagi menguji tahap pemikiran, personaliti, sahsiah, dan psikologi calon Perkhidmatan Awam. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah menjadikan ujian ini sebagai ujian wajib kepada semua calon yang memasuki Perkhidmatan Awam sebelum ke tapisan seterusnya. Fasa selepas Peperiksaan online ialah panggilan Temuduga Kerja.
Dalam kata lain, jika calon memang hendak masuk ke kerjaya kerajaan, calon kena faham dan tahu bagaimana hendak lulus tapisan ini iaitu Ujian Psikometrik. Ujian Psikometrik adalah salah satu cara untuk menyingkirkan calon yang terlalu ramai.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam mahukan calon yang dipilih menjawat jawatan yang diiklankan benar-benar layak untuk menjawat jawatan yang diiklankan. Calon perlu ingat terdapat ramai pesaing untuk merebut satu jawatan. Calon yang melakukan persiapan yang rapi akan mempunyai peluang yang tinggi.
Apa Yang Dinilai?
Seperti yang dinyatakan di atas, banyak perkara yang dinilai dalam Ujian Psikometrik. Kebanyakannya menjurus kepada diri calon yang dapat dinilai melalui Ujian Psikometrik ini. Ini termasuklah cara calon berfikir, kepimpinan, tingkah laku, kebolehan sosial, komunikasi, integriti dan banyak lagi.
Masa Menjawab
Calon akan menghadapi banyak soalan tetapi masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan yang banyak sangat singkat. Ada yang tidak sempat menjawab kesemua soalan kerana lemah pengurusan masa. Ini akan menyebabkan calon tidak berjaya mencapai impian.
[+] Maklumat Ujian Psikometrik
Kebanyakan yang gagal melepasi ujian psikometrik bukan tidak pandai tetapi mengambil sikap sambil lewa. Calon beranggapan ujian psikometrik hanya ujian biasa-biasa terutama calon kali pertama duduk Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam.
Bagi yang benar-benar mahukan kerjaya yang dipohon, buat persiapan sehabisnya. Tim Infokerjaya merupakan Tim yang menyediakan Panduan Kerjaya terulung di Malaysia telah banyak membantu graduan untuk mencapai impian mereka. Tim Infokerjaya menyediakan pelbagai rujukan kerjaya yang boleh dirujuk di halaman rujukan SPA.
Berita gembira untuk calon Ujian Psikometrik, Tim Infokerjaya juga menyediakan rujukan khusus untuk ujian ini. Rujukan ini telah menjadi panduan para calon sejak 2008. Walaupun begitu, rujukan ini sentiasa dikemaskini mengikut format semasa Ujian Psikometrik.
[+] Rujukan Terkini Ujian Psikometrik
Akhir sekali, kami mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon. Semoga rujukan Ujian Psikometrik ini dapat membantu semua calon untuk mencapai impian.
Penafian :
Kami tidak ada kena-mengena dengan pihak Perkhidmatan Awam (PSEE). Apa yang kami sampaikan hanya sebagai panduan untuk persediaan calon menduduki Peperiksaan Online memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE). Soalan bagi memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) yang disediakan BUKAN soalan sebenar Peperiksaan Online Perkhidmatan Awam . Ianya lebih kepada contoh soalan untuk memudahkan persediaan calon menghadapi Peperiksaan Online. Pihak Portalkerjayamy memohon maaf atas kekeliruan para calon.